JAKIM Tidak Terlibat Dalam Pengiktirafan Majlis Ulama Rohingya

TULAR:
4323

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail JAKIM pada kepala surat tersebut.

JAKIM dengan ini menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut. Malah JAKIM sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI