Mesej Yang Tular Di Aplikasi WhatsApp Berkenaan Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 1441H/2020 Adalah Tidak Tepat

TULAR:
3979

Menurut Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri:

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) mengambil maklum mesej yang sedang tular melalui aplikasi Whatsapp berhubung ‘Kadar Zakat Fitrah 1441H/2020M’.

Berdasarkan semakan dan maklumat yang diterima dari Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ), mesej ini telah menimbulkan kekeliruan kerana pautan kepada kaedah pembayaran yang dinyatakan bagi sebahagian negeri adalah TIDAK TEPAT.

Sehubungan itu, para pembayar adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi pihak MAIN dan AMZ bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Pautan kepada kaedah pembayaran atas talian yang telah disahkan oleh pihak MAIN dan AMZ adalah sebagaimana berikut:

  1. Johor:
    http://www.maij.gov.my/zakatjohoronline/
    http://fitrah.maij.gov.my
    https://epayment.maij.gov.my
    https://onlinepayment.johor.gov.my/
    https://snapnpay.my/pay/JHRFITRAH/zakatfitrah/

  2. Kedah:
    https://jom.zakatkedah.com.my/
    https://zakatfitrah.com.my/
    http://bit.ly/zotkdh

  3. Kelantan:
    http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/zakat-fitrah-payment
  4. Melaka:
    https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
  5. Negeri Sembilan:
    http://www.zakatns2u.biz/fitrah
  6. Pahang:
    https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
  7. Perak:
    https://ezakat.maiamp.gov.my/
  8. Perlis:
    https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=911&lang=ms
  9. Pulau Pinang:
    https://bit.ly/2yMyDV5
  10. Selangor:
    https://fpx.zakatselangor.com.my/
  11. Terengganu:
    http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
  12. Sabah:
    https://appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah.php
  13. Sarawak:
    https://pelanggan.tbs.org.my/
  14. Wilayah Persekutuan:
    https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/zakatfitrah/
    https://fitrah.zakat.com.my/

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi JAWHAR JPM

Facebook Rasmi JAWHAR JPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI