Jambatan Sultan Yusof Rosak, Tidak Selamat Digunakan?

TULAR:
992

PENJELASAN :

Jabatan Kerja Raya (JKR) memperjelaskan dakwaan bahawa Jambatan Sultan Yusof, Batu 5, Jalan Teluk Intan – Sitiawan mengalami kerosakan dan kini tidak selamat untuk dilalui oleh pengguna.

JKR dalam satu kenyataan berkata, tinjauan JKR Perak pada 29hb Julai 2017 mendapati bahawa terdapat kerosakan kepada expansion joint dan pot bearing jambatan, namun struktur jambatan didapati masih utuh.

Katanya, setakat ini jambatan masih selamat dan papan-papan tanda amaran dan barriers sedang dipasang di kawasan yang bermasaalah. Tambahnya lagi, kawalan keselamatan juga akan dilaksanakan di tapak untuk keselamatan pengguna.

 

SUMBER :

Facebook Jabatan Kerja Raya

Twitter Bernama

Berita Harian

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI