Lelongan Motosikal di Balai Polis Tawau?

TULAR:
1453

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Balai Polis Tawau bakal mengadakan lelongan motosikal pada 18 Ogos 2017 pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sumber gambar: Sinar Harian.

SEBENARNYA :

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam satu kenyataan berkata, makluman umum mengenai lelongan motosikal yang bakal diadakan di Balai Polis Tawau tersebut adalah palsu.

Tambah kenyataan tersebut, orang ramai diminta supaya tidak mudah mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada mana-mana media sosial tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak polis.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Facebook Polis Daerah Tawau

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI