Projek Prasarana Pulau Jarak Terbengkalai?

TULAR:
1126

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa projek pembinaan semula prasarana asas di Pulau Jarak, Perak adalah terbengkalai.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Berita Harian

SEBENARNYA :

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, menafikan projek berkenaan terbengkalai, malah projek itu 31 hari lebih awal daripada jadual. Projek pembinaan semula prasarana asas di Pulau Jarak, Perak, termasuk pembinaan tapak pendaratan helikopter untuk tentera dan agensi penguatkuasaan berkaitan berjalan lancar. Projek itu untuk kegunaan pasukan keselamatan bagi menjaga perairan negara, dilaksanakan Jabatan Kerja Raya sejak Mei 2016 dan dijangka siap November 2018.

SUMBER : 
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI