SPRM Sahkan Kes Jabatan Air Negeri Sabah Tiada Unsur Rasuah?

TULAR:
1612

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa kes berkaitan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak mempunyai sebarang unsur rasuah.


SEBENARNYA :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa dakwaan kononnya SPRM telah mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat.

Faktanya, pada 29 Disember 2016, tiga individu termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Menteri Komunikasi dan Multimedia , Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menyiasat dan mengambil tindakan kepada pihak tidak bertangggungjawab yang menyebarkan berita palsu tersebut.

SUMBER :

Facebook Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Bernama

Berita Harian

MStar

Astro Awani

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI