JaPen Mengeluarkan Iklan Jawatan Kosong Pembantu Penerangan Gred S19 Bagi Calon Bumiputera Sahaja?

TULAR:
1614

PALSU:

Tular di media sosial sebuah iklan yang menyiarkan jawatan kosong Pembantu Penerangan Gred S19 yang hanya mempelawa
golongan bumiputera di laman sesawang persendirian.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen):

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan jawatan kosong bagi kemasukan ke Jabatan ini dan menafikan iklan Jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 yang menyatakan hanya untuk Bumiputera seperti yang disiarkan di laman sesawang persendirian Kerjaya.Co.

Orang ramai boleh mengakses iklan sebenar di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui pautan http://www.spa.gov.my/…/iklan-peluang-kerjaya-dalam-perkhid….

Untuk makluman, sebarang urusan pengambilan bagi peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa SPA dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://www.spa.gov.my.

SUMBER:

Facebook Rasmi JaPen


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI