JPNIN Tidak Menyertai dan Menyokong Penganjuran Forum Rasionalism Belia Antarabangsa 2023

TULAR:
293

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN):

JPNIN ingin menegaskan bahawa forum ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan JPNIN. Poster dan kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah palsu di mana JPNIN tidak menyertai dan tidak menyokong penganjuran forum tersebut. Penggunaan jata dan logo Jabatan di poster hebahan juga tidak mendapat kebenaran daripada pihak JPNIN.

JPNIN ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak
yang menyalahgunakan jata dan logo Jabatan bagi penganjuran sebarang program.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati serta menyemak terlebih
dahulu maklumat sebelum berkongsi di laman sosial media.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPNIN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI