Tiada Kewujudan Kartel Yang Memonopoli Industri Padi Dan Beras

TULAR:
248

Menurut Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM):

Industri padi dan beras negara dikawalselia oleh Kawalselia Padi dan Beras, KPKM melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Melalui akta ini, Kementerian melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat dan teratur. Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import/eksport dan pemindahan antara negeri.

Bagi BPS pula, KPKM telah memperuntukkan sebanyak 72,000 metrik tan benih padi sah bagi memenuhi keperluan pesawah bagi tahun 2023. Lesen pengilangan benih padi sah ini juga turut diberi kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membekalkan benih padi kepada pesawah. Pengesahan BPS melalui ujian makmal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPKM

Instagram Rasmi KPKM

X Rasmi KPKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI