Kanak-Kanak Meninggal Dunia Akibat HFMD Di Kluang, Johor?

TULAR:
376

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang kanak kanak-kanak berusia dua tahun telah meninggal dunia di Hospital Besar Enche Hajah Kalsom, Kluang akibat penyakit penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Jabatan Kesihatan Johor menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat kematian kanak-kanak berusia dua tahun di Hospital Besar Enche Hajah Kalsom, Kluang, akibat gejala HFMD.

Menurut Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz, memang ada kematian kanak-kanak berusia dua tahun di hospital itu, namun ia berpunca daripada penyakit lain dan bukan HFMD.

“Keadaan HFMD di Johor masih terkawal. Orang ramai dinasihatkan supaya jangan menyebarkan berita yang tidak tepat dan daripada sumber tidak sahih kerana ia hanya akan menyebabkan keadaan panik.”

SUMBER :

Harian Metro 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI