Jabatan Kesihatan Terengganu Keluarkan Senarai Pasaraya Positif HFMD?

TULAR:
405

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan beberapa pasar raya di negeri itu positif virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Gambar hiasan. Sumber gambar: Bernama.

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu:

1. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memandang serius dakwaan yang menyatakan pihak Jabatan ini telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan positif virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di beberapa pasaraya di Negeri Terengganu.

2. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan ini menafikan sekeras-kerasnya pernyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan ini dan maklumat yang ditularkan tersebut adalah tidak benar.

3. Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat berkaitan HFMD dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu terlebih dahulu sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

SUMBER :

Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI