Amaran Dari Jabatan Kesihatan MBSA Mengenai Virus HFMD Positif Di Setia City Mall?

TULAR:
1310

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan terdapat virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Setia City Mall.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mendapat pengesahan dari Pemangku Pengarah Kesihatan MBSA ke atas isu tersebut. Siasatan mendapati bahawa dakwaan ini adalah tidak benar.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya atau menyebarkannya, terutama maklumat yang dikeluarkan oleh pihak selain dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan berita yang tidak mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu.

SUMBER:

Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI