Tiada Bantuan BSH Sebelum Hari Raya Aidiladha Daripada Kerajaan ?

TULAR:
1440

PENJELASAN:

Kementerian Kewangan Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa tiada bantuan Aidiladha daripada kerajaan meskipun BR1M telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 dibuat mulai 15 Ogos bagi meringankan beban menyambut Aidiladha.

Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha nanti.

Menurutnya, pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

“Bagi penerima yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.”

SUMBER:

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI