Kenyataan Kononnya Daripada Pegawai Perubatan HKL Berkenaan Polisi Dan Gerak Kerja KKM Dalam Menangani Pandemik COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
9831

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Hospital Kuala Lumpur (HKL):

Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin merujuk kepada satu berita tular yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp berkenaan dakwaan seorang Pegawai Perubatan bernama Dr. Chong Yit Khang yang didapati mengeluarkan kenyataan yang menyentuh polisi dan isu gerak kerja Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19.

Untuk makluman, HKL ingin menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Pegawai Perubatan tersebut telah dikenalpasti dan diminta untuk memberikan maklum balas berhubung isu yang tular sejak Mac yang lalu. Siasatan mendapati nama dan jawatan beliau telah digunakan tanpa pengetahuannya dan isu-isu yang terkandung di dalam rantaian mesej tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan olehnya.

SUMBER:

Facebook Rasmi HKL

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI