Penjelasan Mengenai Alamat Yang Tidak Tepat Kes COVID-19 Di Subang Jaya Di Dalam Aplikasi MySejahtera

TULAR:
2496

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Ingin dimaklumkan bahawa KKM telah menerima persoalan mengenai notifikasi kes COVID-19 di kawasan Subang Jaya. Semakan dan siasatan telah dijalankan terhadap lokasi yang tidak tepat ini. Untuk makluman, kes positif COVID-19 tersebut telah dilaporkan pada 10 Ogos 2020 dan merupakan seorang bukan warganegara yang telah menjalani saringan di tempat kerja.

Sementara menunggu keputusan ujian, majikan beliau telah mengambil inisiatif meletakkan beliau di bawah kuarantin di sebuah hotel di Subang Jaya, justeru merupakan lokasi yang turut didaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Namun demikian setelah mendapat keputusan saringan COVID-19, alamat pendaftaran kes tersebut dipindahkan semula ke alamat tempat tinggal beliau iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sebelum beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Ini penting kerana segala tindakan pengesanan kes secara aktif dan juga saringan kontak rapat dijalankan di lokasi tempat kediaman kes, iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Lokasi ini juga turut dikemaskini di aplikasi MySejahtera sebagai alamat kes tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI