Peperiksaan UPSRx dan PT3x Bukan Di Bawah Kendalian Lembaga Peperiksaan dan KPM

TULAR:
2701

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

KPM pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Walau bagaimanapun, KPM mendapati sebuah portal telah menawarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020. KPM ingin menegaskan bahawa peperiksaan tersebut bukan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan KPM.

KPM memandang serius perkara ini kerana melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

KPM menasihatkan agar orang ramai, terutama ibu bapa kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 merujuk portal rasmi KPM di http://www.moe.gov.my dan portal Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai peperiksaan yang dilaksanakan oleh KPM.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI