Surat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak Kononnya Dikeluarkan Oleh Pejabat SUK Perak Adalah Palsu

TULAR:
3435

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Setiausaha Kerajaan Negeri Perak:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menegaskan bahawa surat yang sedang tular berkenaan ‘Pengurniaan Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-63 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan’ merupakan surat palsu dan pentadbiran ini menafikan sepenuhnya kandungan surat tersebut.

Surat palsu tersebut yang kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan telah menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak memaklumkan bahawa penerima surat tersebut dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Perak yang membawa gelaran Dato’ bersempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang dikatakan akan diadakan pada 25 September 2020, bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI