![waspada-pembelian-perabot-di-facebook](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2020/09/waspada-pembelian-perabot-di-facebook.png?resize=640%2C360&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2020/09/waspada-pembelian-perabot-di-facebook.png?resize=640%2C360&ssl=1)
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar berhati-hati ketika membeli barangan perabot di Facebook.
Scammer online kini giat mengiklankan barangan perabot dan perkakasan elektrik untuk menipu mangsa.
- Apabila scammer telah memperoleh wang deposit, scammer akan tutup akaun Facebook tersebut.
- Apabila mangsa menulis komen/review negatif, komen itu akan dihapuskan segera dan akaun Facebook mangsa disekat (blocked) oleh scammer.
- Scammer menggunakan akaun bank rakyat tempatan (mule account) untuk terima bayaran.
- Scammer menggunakan aplikasi luar negara seperti Facebook, dan Whatsapp untuk memperdaya mangsa.
Scammer menggunakan kemudahan Facebook untuk cipta akaun palsu jual beli barang dari masa ke masa. Maka, berhati-hatilah, semak dengan teliti maklumat syarikat, kedai, akaun bank syarikat (bukan akaun peribadi). Belilah barangan di laman web yang sah mengelakkan risiko anda ditipu.