SPRM Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Media Berkenaan Siasatan Pemberian Wang Sogokan PRK N58 Dun Slim

TULAR:
446

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):

SPRM menafikan telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk “SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim” berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan.

Namun begitu, SPRM memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SUMBER:

Facebook Rasmi SPRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI