Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Kedudukan Mahkamah Syariah

TULAR:
1371

Menurut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM):

Kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut Mahkamah Persekutuan telah membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Secara umumnya Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten untuk memutuskan kes berkenaan berdasarkan Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan sesetengah pihak dimana kesalahan berkhalwat dan minum arak tidak termasuk dalam kategori kesalahan yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai tidak sah dan terbatal. Oleh itu, kenyataan ini adalah tidak benar.

Perlu difahami bahawa keputusan mahkamah dalam kes Nik Elin Zurina ini hanya melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan Negeri yang boleh menggubal undang-undang bagi kesalahan tersebut. la tidak bermakna orang Islam di Kelantan tidak boleh dikenakan hukuman kerana melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. la hanya tidak boleh dibicarakan di mahkamah syariah, namun ia boleh dibicarakan di mahkamah sivil.

Secara tidak langsung, dengan adanya peruntukan di bawah Kanun Keseksaan juga, kesalahan tersebut boleh dipertuduhkan kepada tertuduh dalam kalangan orang Islam dan orang bukan Islam. Berbanding jika kesalahan dibicarakan di mahkamah syariah, hanya orang Islam yang boleh dibicarakan di mahkamah syariah. Orang bukan Islam tidak tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Berikut adalah contoh kesalahan bagi peruntukan yang gugur/ dibatalkan:

1. Bagi kesalahan sumbang mahram, apabila mahkamah mengisytiharkan ia tidak sah dan terbatal, ia tidak bermakna sumbang mahram tidak lagi menjadi kesalahan bagi orang Islam di Negeri Kelantan. la tidak sah kerana undang-undang tersebut telah diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan yang merupakan undang-undang persekutuan.

2. Kesalahan muncikari apabila OKT orang islam bekerjasama dengan OKT bukan islam. Kedua-duanya boleh dibicarakan di mahkamah sivil.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia -JKSM

Laman Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI