Waspada Terhadap Skim Pelaburan Dalam Talian ‘Accerx.Com’

TULAR:
234

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik sindiket penipuan ‘Accerx.Com’.

Sentiasa peka dan jangan terpedaya dengan iklan ‘perangkap’ pengendali laman sosial yang menyamar kononnya mempromosikan skim pelaburan berasaskan mata wang Kripto.

Pelaburan kewangan perlu dibuat dengan institusi yang dibenarkan dan jangan sesekali percaya dengan iklan pelaburan di media sosial.

Modus Operandi Sindiket Penipuan

  1. Mangsa dimasukkan ke dalam Group WhatsApp yang mempromosikan skim pelaburan berasaskan mata wang Kripto.
  2. Mangsa diminta membayar sejumlah wang pendahuluan kepada sindiket bagi pembelian mata wang Kripto.
  3. Mangsa berasa tertipu selepas diminta membuat beberapa lagi transaksi bayaran tambahan tanpa alasan munasabah.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

X Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI