Kerajaan Negeri Kedah Terlibat Dengan Karnival Kerjaya Zon Utara?

TULAR:
733

PENJELASAN :

Kerajaan Negeri Kedah memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri terlibat dalam satu karnival kerjaya yang diadakan di Alor Setar, Kedah dan mengenakan pelbagai bayaran termasuk untuk mendapatkan borang, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : amenoworld.org
Sumber gambar: Facebook.

Kerajaan negeri Kedah menafikan karnival kerjaya yang dianjurkan di sebuah hotel mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor berkata, Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 adalah program anjuran penuh pihak swasta tanpa sebarang campurtangan daripada kerajaan negeri Kedah dan ia adalah sebuah penganjuran bebas.

SUMBER :

Laman Sesawang Kerajaan Negeri Kedah

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI