Tiada Staf Bertugas Di Unit Kecemasan Hospital Yan?

TULAR:
1449
Big build hospital (done in 3d)

PENJELASAN :

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah memperjelaskan dakwaan bahawa tiada staff yang bertugas di unit kecemasan hospital Yan sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato’ Dr. Norhizan Ismail berkata, dakwaan pemilik akaun FB pada 3 Oktober 2017 adalah TIDAK BENAR terhadap Unit Kecemasan, Hospital Yan Kedah iaitu:
– Tiada staff bertugas (tidoq ka) hingga
terpaksa menunggu dari jam 3.45 hingga.
5.15 pagi.

Siasatan segera yang dijalankan mendapati pesakit menjalani saringan (triagging) jam 3.50 pagi dan dikategorikan sebagai “green case” atau kes hijau iaitu kes TIDAK KRITIKAL (masa menunggu kes hijau adalah 90 min).

Jelas beliau, dakwaan bahawa  tiada staff bertugas sehingga menimbulkan persoalan “tidoq ka” adalah TIDAK BENAR dan TIDAK WAJAR. Dalam keadaan terdapat kes kecemasan yang dirawat tambahan pula melibatkan 2 kes pada satu masa di Hospital Daerah maka semua ahli pasukan bekerja bertungkus lumus untuk menyelamat nyawa kes2 kritikal di Zon Merah. Oleh itu staff akan bertugas di ruang yang tidak dapat dilihat oleh pesakit yang menunggu di ruang menunggu bagi kes-kes hijau

SUMBER :

Facebook Rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI