Pasaraya Giant Mengenakan Caj Yang Tidak Sama Dengan Harga Promosi?

TULAR:
1126

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa pasaraya Giant mengenakan caj yang tidak sama dengan harga promosi.

Sumber gambar: Facebook

KPDNKK Shah Alam pada 03.10.2017 telah menerima aduan berkaitan Giant Prima Saujana yang telah mengenakan caj yang tidak sama dengan harga promosi.

Rentetan daripada itu, sepasukan penguatkuasa KPDNKK Kajang telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan. Siasatan yang di jalankan memberi tumpuan kepada tanda harga pada barangan yang dipromosikan. Barangan yang dipromosikan dipilih secara rawak bagi tujuan imbasan harga dan harga yang tertera pada resit belian sama dengan harga yang dipromosikan.

Hasil soal selidik kepada penyelia yang bertugas pada masa kejadian memaklumkan bahawa pihaknya telah memohon maaf terlebih dahulu dan kemudian menerangkan perihal sebenar dan terus memberikan harga yang sama dengan promosi yang dijalankan.

SUMBER :

Laman Facebook Rasmi KPDNKK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI