Bom Ditemui Di Pusat Beli Belah Di Bukit Bintang?

TULAR:
999

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa bom telah ditemui di sebuah pusat beli belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Pihak polis mengesahkan bahawa kotak hitam yang ditemukan berhampiran pintu masuk sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang, bukan bom.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata pihak polis telah terima panggilan mengenai penemuan mencurigakan dan menghantar sepasukan unit pemusnah bom ke lokasi tersebut.

Katanya, “Pemeriksaan lanjut mendapati objek itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan dan ia dimusnahkan pada kira-kira 1.50 pagi”.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI