Kesan Dakwat Jari PRU14 Jejas PRK Sungai Kandis?

TULAR:
757
Sumber gambar : SPR

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya memperjelaskan dakwaan bahawa kesan dakwat jari PRU14 yang masih melekat akan menjejaskan ketelusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang masih mempunyai kesan dakwat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di jari mereka, tidak terjejas hak untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood berkata, pengundi tidak perlu bimbang kerana SPR telah mengambil langkah sewajarnya berkaitan perkara itu termasuk akan mengadakan taklimat dengan semua petugas pilihan raya.

Menurut beliau, dalam proses pilihan raya setiap pengundi akan diperiksa jari mereka untuk memastikan ia bebas daripada sebarang tanda dakwat sebelum diberikan kertas undi.

Dalam pada itu, Othman berkata, proses pengundian pada PRK ini akan dihadiri dan disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding.

Selain itu juga, beliau berkata, pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada beberapa organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR akan turut menyaksikan proses berkenaan.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI