Bayi Dilarikan Dari Hospital Tengku Ampuan Afzan?

TULAR:
1225

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kejadian bayi yang dibawa lari menggunakan beg dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan hari ini, menafikan dakwaan berlaku kejadian melarikan bayi dari hospital itu, seperti yang tular dalam laman sosial Facebook.

Pengarahnya Dr. Norazmi Abdullah berkata kejadian sebenar ialah sepasang suami isteri warga Myanmar membawa anak mereka yang berusia sehari keluar tanpa menjelaskan bil hospital.

Katanya wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dimasukkan ke hospital empat hari lepas sebelum melahirkan anak semalam dan dibenarkan pulang pada hari sama.

Menurut beliau, “Bagaimanapun mungkin kerana tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bil menyebabkan mereka melarikan diri dan ia hanya disedari jururawat pada 6 petang selepas mendapati mereka tidak berada di katil menyebabkan pemeriksaan wad dijalankan”.

Dr. Norazmi berkata susulan itu, pihaknya membuat laporan polis sebagai prosedur biasa dan menyerahkan perkara tersebut untuk siasatan polis.

SUMBER :

Kosmo

Sinar Harian

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI