Waspada Jangkitan Virus HFMD Di Pusat Beli Belah Dan Pasaraya

TULAR:
1244

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan penyebaran virus penyakit tangan, kaki dan mulut yang dikesan terdapat di troli, alat permainan dan bangku yang terdapat di pusat beli belah dan pasaraya.

Sumber gambar: Facebook.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengarahkan pasar raya dan pusat membeli-belah supaya melakukan kerja disinfeksi (sucihama) terhadap troli, alat permainan dan bangku yang terdapat di premis mereka.

Arahan tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, arahan dikeluarkan selepas jabatan terbabit melakukan pemeriksaan dan mendapati alatan berkenaan adalah antara punca penularan penyakit itu.

Justeru beliau berharap pemilik dan operator premis berkenaan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

Dalam masa sama, Dr Afif menasihatkan ibu bapa sekiranya terdapat ahli keluarga yang dijangkiti penyakit HFMD, mereka perlu dikuarantin di rumah selepas mendapat rawatan dan nasihat doktor.

SUMBER :

Astro Awani

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI