Terdapat Kes Curi Organ Di Hulu Langat?

TULAR:
866
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes curi organ di Hulu Langat.

Sumber gambar: Berita Harian

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di kepala dan badan di tepi Jalan Kuala Kelawang sebelum simpang ke Batu 14, Hulu Langat.

Beliau berkata, lelaki itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di lokasi kejadian. Pemeriksaan lanjut terhadap mayat mangsa mendapati terdapat beberapa tetakan pada badan dan kepala lelaki. Semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dalam bangunan.

Beliau menjelaskan, “Berkaitan status tular di media sosial yang mengaitkan gambar kejadian dengan curi organ adalah berita palsu, sebaliknya ia adalah kes bunuh”.

SUMBER: 

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI