Kementerian Kesihatan Mengeluarkan Arahan Menutup Klinik 1Malaysia?

TULAR:
738

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan terhadap Kementerian Kesihatan memberi arahan untuk menutup Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan arahan supaya menutup Klinik 1Malaysia seperti yang didakwa dan tular dalam media sosial.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, beliau bagaimanapun mengesahkan terdapat rancangan kerajaan untuk menutup beberapa klinik komuniti.

Jelasnya, sehingga kini kementerian masih belum memuktamadkan atau memberi arahan penutupan klinik komuniti atau Klinik 1Malaysia.

Beliau bekata, “Ini memandangkan proses kaji semula ini masih perlu ‘dimurnikan’ sebelum dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan”.

Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan arahan supaya menutup Klinik 1Malaysia seperti yang didakwa dan tular dalam media sosial.

SUMBER:

Utusan Melayu

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI