KKM Keluarkan Maklumat Berkenaan Influenza Dan Langkah Pencegahan?

TULAR:
5464

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan maklumat berkenaan influenza dan langkah pencegahan serta simptom-simptom jangkitan.

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan informasi seperti ditularkan. Banyak info tidak tepat mengenai influenza disebarkan di media sosial. Orang ramai dinasihati tidak berkongsi informasi tidak tepat ini.

Maklumat influenza dan langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh KKM boleh diperolehi di media sosial rasmi KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth dan infosihat.gov.my.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI