KKM Terbit Kenyataan Tawaran Tender Untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Malaysia?

TULAR:
698

WASPADA:

Orang ramai diminta berwaspada dengan kenyataan tawaran tender yang kononnya diterbitkan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Malaysia.

Gambar hiasan . Sumber: KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa KKM tidak pernah menerbitkan kenyataan tawaran tender bagi Projek Rangkaian Pembekalan Pelbagai Jenis Produk Dan Kelengkapan Industri Perubatan di bawah Program ‘Pengurusan Semula, Penambahbaikan & Penaikkan Taraf Aset Dan Fasiliti Hospital Perubatan’ di kesemua hospital-hospital di seluruh negara untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Malaysia bertarikh 16 April 2018.

Dimaklumkan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Malaysia adalah tidak wujud sama sekali dan syarikat Deloitte Engineering Services merupakan sebuah syarikat sole proprietorship yang tiada hubungan dengan KKM.

KKM mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan tawaran-tawaran tender berkenaan dan tawaran seumpamanya serta sentiasa merujuk maklumat tepat berkenaan tawaran tender melalui portal rasmi KKM iaitu di www.moh.gov.my dan portal MyPROCUREMENT.gov.my

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI