KPDNKK Pilih Bulu Dalam Menyelesaikan Masalah Pengguna?

TULAR:
1468

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa KPDNKK  bersikap ‘pilih bulu’ dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi pengguna.

Gambar hiasan. Sumber: KPDNKK

Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata (KPDNKK) tidak bersikap ‘pilih bulu’ dalam menyelesaikan sebarang masalah.

Beliau berkata kementerian berkenaan merupakan medium pengantara bagi masyarakat mendapatkan maklumat atau pembelaan sewajarnya berkaitan barangan serta perkhidmatan.

“Kementerian membantu semua rakyat dan menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ada dan kita mencari kaedah untuk semua pihak berada dalam keadaan menang-menang. Telah terbukti cara kita benar-benar berhemah dan kita dapat selesaikan segala masalah dengan kaedah perundingan.”

 

SUMBER:

Portal KPDNKK

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI