20,000 Lembu Diseludup Masuk ke Malaysia Tahun ini?

TULAR:
664

PENJELASAN :

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memperjelaskan laporan bahawa terdapat sehingga lebih 20,000 lembu yang telah diseludup ke Malaysia  sepanjang tahun ini, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: PressReader.

MAQIS dalam satu kenyataan berkata, laporan bahawa 20,000 lembu diseludup sepanjang tahun ini adalah tidak benar. Sebaliknya, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Datuk Mokhtaruddin Husin berkata, lebih 20,000 lembu diimport secara sah.

“Tiada 20,000 lembu diseludup tahun ini. Hanya 41 ekor sahaja yang dirampas kerana diseludup menerusi perairan sempadan negara. “Angka sebenar yang diimport secara sah dengan kelulusan MAQIS adalah 22,764 ekor sejak 2013 hingga tahun ini.

“Semua ternakan ini melalui proses import yang ditetapkan oleh pihak kami dan mempunyai import permit MAQIS, sijil kesihatan veterinar dari pihak berkuasa negara pengeksport dan melalui prosedur kuarantin yang ketat,” katanya.

SUMBER :

Bernama

Utusan Borneo

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI