Lelaki Warga Indonesia Meninggal Dunia Di Kampung Selamat, Sitiawan Bukan Kerana Jangkitan COVID-19

TULAR:
2487

Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) mengesahkan lelaki warga Indonesia yang meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Selamat, Sitiawan, negatif COVID-19.

Pengarah JKNP, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya mendapati lelaki berusia 42 tahun terbabit mengalami demam, hilang selera makan dan sukar bergerak.

Beliau berkata, seorang doktor swasta yang merawat lelaki terbabit di rumah mengesyaki lelaki warga asing itu mengalami masalah kesihatan radang otak (meningitis).

“Keadaan kesihatan lelaki itu semakin merosot dan dia dijumpai tidak bernafas pada jam 3 pagi dan pegawai (perubatan) di Hospital Seri Manjung mengesahkan dia meninggal dunia pada jam 6.33 pagi.

“Keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di makmal Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 9.47 malam mendapati lelaki itu negatif jangkitan virus berkenaan.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI