Penjualan Produk Baju Dan Topeng Muka Memaparkan Penggunaan Nama ‘Operasi Penawar’ Dan Logo ATM-PDRM Adalah Tidak Dibenarkan

TULAR:
3303

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang dengan ini menafikan bahawa ATM mengeluarkan sebarang produk berupa t-shirt dan topeng muka memaparkan penggunaan nama OPERASI PENAWAR beserta logo ATM-PDRM untuk dijual kepada orang ramai sepertimana yang diuar-uarkan di sebuah laman jualan online dan media sosial yang lain.

Pihak ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak boleh mengeluar, menjual, membeli dan menggunakan sebarang produk yang mengguna pakai nama OPERASI PENAWAR atau OP Penawar 2020 serta tertera logo ATM/PDRM tanpa kebenaran.

PDRM juga turut menambah bahawa sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 yang boleh dikenakan denda RM500 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

Tindakan juga boleh diambil dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan satu (1) tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Markas ATM

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI