LHDNM Kuantan Sewa Bangunan Berkos Tinggi, Guna Wang Pembayar Cukai?

TULAR:
1191

PENJELASAN :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya menyewa bangunan Pejabat LHDNM di Menara CDO, Kuantan, Pahang dengan kos tinggi dan  menggunakan wang pembayar cukai di negeri tersebut, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: CDO Resources.

Menurut LHDNM, Pejabat LHDNM Kuantan di Menara CDO mula disewa apabila ruang pejabat lama yang berada di Kuantan Centre Point tidak lagi mampu menampung bilangan kakitangan, pelanggan dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Kata keyataan itu lagi, Menara CDO menyediakan ruang kerja yang selesa kepada hampir 250 kakitangan dan lebih 230 pelanggan dalam melaksanakan urusan harian setiap hari. Dengan pelbagai kemudahan yang didapati di pejabat baru tersebut seperti lot parkir, ruang dewan, ruang kaunter khidmat pelanggan, surau dan tandas, kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), dan bilik mesyuarat, ia didapati dengan bayaran sewa yang sedikit mahal berbanding di pejabat lama.

LHDNM turut menafikan dakwaan bahawa LHDNM menggunakan wang pembayar cukai di Negeri Pahang untuk membayar sewa bangunan tersebut.

SUMBER :

Kenyataan Media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Twitter Kementerian Kewangan 

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI