Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) Akan Diadakan Pada 13 Oktober 2017?

TULAR:
14973

PENJELASAN :

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum Ke 14 akan diadakan  pada 13 Oktober 2017, sepertimana yang ditularkan di media sosial.

Sumber gambar :  Facebook

 

Petikan Kenyataan Media Rasmi SPR (Bil.25/2017, Bertarikh 2 Ogos 2017):

“Berikutan penularan klip video mengenai pengumuman tarikh bagi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) di media sosial ketika ini yang kononnya akan diadakan pada 13 Oktober 2017, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan bahawa tarikh tersebut bukanlah tarikh sebenar. Untuk makluman tarikh tersebut hanyalah digunakan bagi tujuan latihan dan simulasi kepada bakal-bakal petugas PRU14 semasa Program Taklimat kepada Pegawai-Pegawai Pegurus dan Penolong Pegawai Pengurus PRU14 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Julai 2017.”

“Sehubungan dengan itu, SPR berharap semua pihak tidak mempercayai dakwaan bahwa kononnya tarikh-tarikh PRU14 telah ditetapkan. SPR merasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merakam dan dan menyebar video ini kepada umum sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai mengenai tarikh PRU14.”

SUMBER:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

 

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Kenyataan Media “SPR NAFI PRU OKTOBER INI” seperti yang turut tular di media sosial, adalah bukan kenyataan media rasmi daripada pihak SPR :

Sumber gambar : Whatsapp

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar senantiasa menyemak dengan saluran rasmi agensi yang berkenaan sebelum menyebarkan sesuatu berita.

 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI