Makluman: Cuti Peristiwa Negeri Selangor Pada 1 September 2026

TULAR:
7

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia:

Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan tarikh 1 September 2026 (Selasa) sebagai Cuti Peristiwa Negeri Selangor sempena kejayaan kontinjen negeri itu menjadi juara keseluruhan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.

Pengisytiharan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan pihak berkuasa negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.

Hari kelepasan am ini merupakan hari kelepasan am pilihan dan tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta. Namun begitu, mana-mana majikan di Negeri Selangor yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Selangor sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 1 September 2026.

Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan cuti tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI