
Menurut Kementeruan Sumber Manusia (KESUMA):
Kerajaan Persekutuan telah menetapkan tarikh cuti umum bagi sambutan Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2026 seperti berikut:
31 Mei 2026 (Ahad) – Hari Wesak
1 Jun 2026 (Isnin) – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Perkara Penting Untuk Majikan & Pekerja:
- Hari Keputeraan YDPA adalah cuti umum WAJIB dan tidak boleh diganti (Akta Kerja 1955).
- Hari Wesak pula adalah cuti umum pilihan majikan (daripada baki 6 hari cuti berbayar).
- Jika cuti jatuh pada hari rehat (contoh: Ahad), maka hari bekerja berikutnya menjadi cuti gantian.
Situasi Khusus (Jika Ahad Jatuh Pada Hari Rehat):
1 Jun 2026 (Isnin) – Cuti wajib (YDPA)
2 Jun 2026 (Selasa) – Cuti gantian Hari Wesak
Namun, cuti gantian ini boleh ditukar ke hari lain dengan persetujuan pekerja.
Hak Pekerja:
Pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah (atau tertakluk dalam Akta Kerja 1955) yang diarahkan bekerja pada hari cuti umum berhak menerima bayaran khas seperti ditetapkan undang-undang.
SUMBER:






