
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN):
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan dibuka bermula pada 4 Mei 2026 dan Permohonan melalui mysubsidi.kpdn.gov.my
Pendaftaran ini melibatkan kenderaan pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Syarat Utama Permohonan
- Lesen Kenderaan Motor (LKM) mesti sah dan aktif
- Kenderaan berdaftar sebagai kenderaan perdagangan
- Syarikat / entiti berdaftar dengan SSM, PBT atau SKM
- Termasuk dalam kategori kenderaan yang ditetapkan di bawah SKDS
Kaedah Pembelian Diesel Bersubsidi
- Menggunakan fleet card
- Permohonan dibuat kepada syarikat minyak bersama surat kelulusan
- Boleh memilih sehingga 3 syarikat minyak (Petronas, Shell, Petron)
- Tempoh pemprosesan: 2–3 minggu
Perhatian
- Tempoh sah kelulusan bergantung kepada tempoh LKM/cukai jalan
- Kenderaan perlu memastikan LKM sentiasa dikemas kini untuk kekal layak menerima subsidi
SUMBER:






