Makluman: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Menjalankan Siasatan Terhadap Penzahiran Data Peribadi Pelanggan Maxis Tanpa Kebenaran

TULAR:
3

Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP):

JPDP memandang serius penzahiran tanpa kebenaran terhadap butiran akaun dan bil telefon pelanggan Maxis di media sosial.

JPDP sedang menjalankan siasatan di bawah Prinsip-Prinsip Perlindungan Data Peribadi dan Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] berhubung pengumpulan atau penzahiran data peribadi secara menyalahi undang-undang. Tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap Akta 709.

JPDP menegaskan bahawa setiap pengawal data hendaklah mematuhi tujuh (7) Prinsip Perlindungan Data Peribadi, termasuk memastikan data peribadi pelanggan dilindungi daripada akses dan penzahiran tanpa kebenaran. Pengawal data turut diingatkan supaya sentiasa memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi serta memastikan infrastruktur penyimpanan data dan sistem rangkaian berada pada tahap keselamatan yang sewajarnya.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPDP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI