
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menggunakan nombor telefon yang menyerupai talian rasmi.
JANGAN sesekali berkongsi:
- Nombor MyKad
- Nombor akaun bank
- Kod TAC/OTP
- Kata laluan atau PIN perbankan
- Maklumat peribadi dan kewangan
Ingat!
- Kementerian Kewangan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan talian rasmi STR/SARA.
- Kementerian Kewangan tidak akan meminta sebarang bayaran bagi urusan berkaitan STR atau SARA.
Sekiranya anda menerima panggilan yang mencurigakan, jangan panik, tamatkan panggilan dan hubungi talian rasmi STR/SARA di 03-8882 4565 / 4566 untuk pengesahan.
Fikir dahulu sebelum berkongsi maklumat. Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan.
SUMBER:






