Makluman: Kerajaan Tambah Sokongan Melalui BUDI Madani Diesel

TULAR:
6

Menurut Kementerian Kewangan (MOF):

Kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI Diesel sebagai pendekatan bantuan bersasar demi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan peningkatan kos operasi harian.

Melalui inisiatif ini, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan berserta tambahan RM100 bagi membantu meringankan beban berkaitan penggunaan diesel, khususnya melibatkan sektor pengangkutan, perusahaan kecil serta aktiviti ekonomi harian.

Pelaksanaan bantuan secara bersasar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan setiap bentuk bantuan disalurkan dengan lebih efektif, telus dan memberi impak langsung kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Kerajaan akan terus komited memperkukuh kesejahteraan rakyat, menstabilkan ekonomi serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat pembangunan negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI