
Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan
- RM160 > RM300 sehektar semusim membabitkan hampir 200,000 pesawah. Ikhtiar ini membabitkan dana tambahan sekitar RM40 juta.
Bantuan Interim BUDI Agri-Komoditi Dinaikkan
- RM300 > RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 200,000 penerima petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sebanyak RM20 juta sebulan.
Bantuan Interim BUDI Diesel Individu Dinaikkan
- RM300 > RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung dengan dana tambahan RM15 juta sebulan.
-Kerajaan melonggarkan syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan.
Secara keseluruhan, Kerajaan tampung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global.
Langkah ini memastikan operasi pertanian terus lancar, kos dapat dikawal, dan bekalan makanan negara kekal terjamin.
SUMBER:
Facebook Rasmi JPN






