Krisis Tenaga Global: Asas Ekonomi Negara Masih Kukuh, Namun Risiko Luaran Sedang Meningkat

TULAR:
4

Menurut Kementerian Ekonomi:

Status Semasa Krisis Tenaga Global

Gangguan Rantaian Bekalan
Konflik di Asia Barat menjejaskan laluan tenaga utama dunia

Ketidaktentuan Pasaran
Nilai Brent semasa (brent spot) melonjak kepada AS$132.50 setong

Peningkatan Kos Logistik:

  • Kos Pengangkutan: meningkat hampir 2 kali ganda
  • Premium Insurans: meningkat sehingga 16 kali ganda

Keadaan Semasa Malaysia

  • Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026: 4% – 5%
  • Kadar Inflasi Februari 2026: 1.4%
  • Kadar Pengangguran 2026: 2.9%

IMPAK DOMESTIK MALAYSIA: SEKTOR TERKESAN

Tekanan mula muncul, namun belum menjejaskan ekonomi secara menyeluruh

Penerbangan & Pelancongan menunjukkan tanda tekanan

  • 55 penerbangan mingguan dibatalkan
    (23–28 Mac 2026, melibatkan 6 syarikat penerbangan)
  • Ketibaan pelancong menurun (1–25 Mac 2026)
  • Unjuran penyusutan 1.5 juta penumpang dari Asia Barat bagi tahun 2026

Pasaran Buruh

  • Impak dijangka suku kedua 2026 (jika konflik berlarutan)
  • Kehilangan pekerjaan menurun (Jan – minggu pertama April 2026)
  • Kesan berperingkat (lag effect):
    Tekanan kos → diikuti tekanan pekerjaan & pendapatan
  • Kerajaan melalui MTEN sedang teliti langkah mitigasi

Kos Sara Hidup dan Bekalan Makanan

  • 40% input pengeluaran pertanian (diesel, baja, makanan ternakan)
  • Kerajaan menjangkakan kenaikan:
    • Makanan ternakan: 8%
    • Baja: 15 – 20%
  • 63% baja diimport → tekanan kos boleh diterjemahkan kepada harga pengguna

TINDAKAN SEGERA KERAJAAN

(Tanggungjawab bersama antara kerajaan, industri dan rakyat)

Jaminan Bekalan Tenaga

Usaha bersama PETRONAS memastikan bekalan sebagai keutamaan, termasuk ketibaan kapal di Pengerang


Pengurusan Permintaan

Bekerja Dari Rumah (BDR) penjawat awam bermula 15 April 2026


Penguatkuasaan

Ops Tiris 4.0 dipertingkat


Tambahan Bantuan Tunai (April 2026)

  • Inisiatif penuaian: RM50/hektar
  • Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP)
    RM160 → RM300 semusim (April 2026)
    ➤ Manfaat hampir 200,000 pesawah
    ➤ Tambahan dana RM40 juta
  • Insentif Penuaian: RM50 sehektar semusim
  • Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi
    RM300 → RM400
    ➤ Manfaat lebih 200,000 petani & pekebun kecil
    ➤ Tambahan RM20 juta sebulan
  • Bantuan tunai BUDI Diesel
    RM300 → RM400
    ➤ Manfaat sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel
    ➤ Tambahan RM15 juta sebulan

BIODIESEL MEMANJANGKAN KETERSEDIAAN BEKALAN DIESEL NEGARA

MTEN bersetuju biodiesel ialah sumber biobahan api alternatif paling praktikal

Malaysia bersedia:

  • Kapasiti pengeluaran: 2.36 juta tan metrik
  • Pengeluaran sebenar (2025): 975,207 tan metrik

HALA TUJU SEDERHANA & JANGKA PANJANG

Mengurangkan Kebergantungan Bahan Api Fosil Import

  • Mengurangkan pendedahan kepada kejutan harga luar
  • Mengurangkan risiko konflik geopolitik

Peralihan Tenaga

Mempercepat penstrukturan semula ekonomi melalui tenaga boleh baharu


Daya Tahan

Membina ketahanan jangka panjang
(Pemulihan krisis dijangka mengambil masa 18 bulan)


Biodiesel Pilihan Praktikal

  • Boleh terus guna dalam sistem diesel sedia ada
  • Untuk sektor pengangkutan, logistik, pertanian & perkhidmatan
  • Tingkat adunan biodiesel dari B10 → B15 (B12) tanpa kos tambahan

Kesediaan Infrastruktur

Lawatan kerja ke PS Pipeline Sdn. Bhd. di KVDT
(Petronas Dagangan Berhad & Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.)


Memanjangkan Ketersediaan Bekalan Diesel Negara

  • Disokong pelan mitigasi biofuel
  • Naik taraf depo B20 & B30 (berfasa)
  • Ke arah mandat B30 bagi sektor pengangkutan komersial & awam
  • Kerjasama dengan Oil Industry Technical Committee (OITC)

SUMBER:

Kementerian Ekonomi


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI