MAKLUMAN: Lesen UNHCR Tidak Sah Digunakan Untuk Memandu Kenderaan Di Malaysia

TULAR:
3463

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):

JPJ ingin menegaskan bahawa Lesen Memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR adalah tidak sah digunakan untuk memandu apa jua jenis kenderaan motor di Malaysia. Ini adalah selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, berdasarkan kepada petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 30 April bahawa pemegang kad UNHCR adalah tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI