Makluman: Notis Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di SPU & Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang

TULAR:
3

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd:

Satu kejadian paip pecah yang tidak dijangka melibatkan saluran paip utama 54″ yang disyaki berpunca daripada kerja kontraktor pihak ketiga telah berlaku di Jalan Raja Uda hari ini.

Pasukan teknikal kami kini berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan dan operasi pengepaman untuk membolehkan penilaian lanjut terhadap kerosakan dilakukan.

Pengguna di kawasan berikut mungkin mengalami tekanan air rendah atau gangguan bekalan air sementara sepanjang tempoh ini:

Seberang Perai Utara (SPU) (kecuali Penaga, Bertam Perdana dan Kepala Batas) Daerah Barat Daya (DBD) – kawasan hujung talian (EoL) dan kawasan tanah tinggi

Kerja-kerja pembaikan dijangka bermula esok petang. Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sehari.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan bahawa segala usaha sedang diambil untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

PBAPP akan memberikan maklumat terkini susulan penilaian terperinci oleh pasukan teknikal kami di lokasi kejadian.

SUMBER:

Facebook Rasmi PBAPP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI