
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Dimaklumkan bahawa MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 19/05/2026 (Selasa) di lokasi berikut:
1) IPD Kudat, Kudat Sabah.
Jam : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
2) Pusat Perikanan Sematan, Kuching, Sarawak
Jam : 02.30 petang – 03.30 petang
Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu UJIAN sahaja.






