Makluman: Parlimen Mengenai Pindaan Perlembagaan Bagi Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya

TULAR:
4

Menurut YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Jabatan Perdana Menteri:

Beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen mengenai pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bilangan ke-6 hari ini. Ia juga merupakan mesyuarat terakhir bagi Jawatankuasa ini setelah melalui satu siri perbincangan yang komprehensif sejak mesyuarat pertama pada 16 Mac 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, Jawatankuasa telah melaksanakan penelitian yang menyeluruh dan mendalam merangkumi aspek perlembagaan, perundangan, struktur institusi serta implikasi terhadap sistem keadilan jenayah negara. Pendekatan ini dilaksanakan secara inklusif melalui sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Majlis Peguam, ahli akademik, badan bukan kerajaan serta organisasi masyarakat sivil.

Dalam mesyuarat terdahulu, Jawatankuasa telah memberi tumpuan kepada penggubalan Rang Undang-Undang berdasarkan syor-syor yang telah dipersetujui. Mesyuarat pada hari ini pula menumpukan kepada pemuktamadan cadangan pindaan kepada Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 dalam kedua-dua versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta Penyata Jawatankuasa yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada 22 Jun 2026 kelak.

SUMBER:

Instagram Rasmi YB Dato’ Sri Azalina Othman Said

X Rasmi YB Dato’ Sri Azalina Othman Said


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI